Thursday, September 6, 2007

TAKAFUL BERKAITAN PELABURAN (Investment Linked)

Pengenalan

Ini merupakan panduan sebagai pengenalan bagi membantu anda memahami takaful berkaitan pelaburan. Ia memberikan maklumat asas supaya anda boleh mengajukan soalan yang betul dan memahami jawapan yang diberikan oleh pengendali takaful serta membuat keputusan yang tepat sebelum menyertai sesuatu pelan takaful.

Apakah takaful berkaitan pelaburan?
Takaful berkaitan pelaburan adalah pelan takaful keluarga yang menggabungkan pelaburan dan perlindungan takaful. Caruman anda akan memberi perlindungan takaful, termasuk manfaat kematian dan hilang upaya, dan sebahagian daripada caruman akan dilaburkan dalam pelbagai dana pelaburan pilihan anda yang dibenarkan oleh Syariah. Sebagai peserta, anda boleh menentukan peratusan pengagihan caruman anda bagi perlindungan dan pelaburan.
Dana pelaburan dibahagikan kepada unit yang sama nilainya bagi memperoleh harga seunit pelaburan itu. Harga unit ini disiarkan setiap hari di dalam akhbar bagi membolehkan anda mengikuti perkembangan nilai pelaburan anda.
Berbeza daripada takaful berkaitan pelaburan, syarikat insurans juga menawarkan produk berkaitan pelaburan bagi Dana Sekuriti yang dibenarkan oleh Syariah, iaitu dana dilaburkan dalam instrumen pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah. Walau bagaimanapun perlindungan insurans yang diberi tidak menepati kehendak Syariah.

Konsep takaful dalam takaful berkaitan pelaburan
Dalam takaful berkaitan pelaburan, sebahagian daripada caruman anda akan diagihkan kepada dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru’), dan sebahagian lagi akan digunakan bagi membeli unit berkaitan pelaburan. Anda akan memeterai perjanjian bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta yang bersetuju untuk saling membantu, sekiranya salah seorang peserta ditimpa musibah akibat kematian atau hilang upaya. Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh takaful, anda layak berkongsi lebihan dalam dana takaful. Lebihan ini akan dikongsi antara anda dan pengendali takaful di bawah konsep perkongsian mengikut nisbah yang telah dipersetujui. Bahagian lebihan anda akan digunakan bagi membeli unit pelaburan tambahan.
Pengendali takaful bertindak sebagai pengurus bagi menyelia pengurusan dana pelaburan. Sebagai pulangan, pengendali takaful menerima upah (ujrah) bagi perkhidmatan yang diberikan.

Jenis- jenis takaful berkaitan pelaburan

Ciri unik takaful berkaitan pelaburan
Takaful berkaitan pelaburan mempunyai ciri-ciri unik seperti berikut:
Anda diberi kelonggaran memilih paras perlindungan dan pelaburan.
Anda boleh mengubah jumlah caruman mengikut perubahan kedudukan kewangan anda.
Anda boleh menukar dana pelaburan yang sedia ada kepada dana pelaburan yang lain.
Anda boleh menebus sebahagian daripada unit berkaitan pelaburan anda pada bila-bila masa.
Anda boleh memilih untuk melabur dalam pelbagai jenis dana pelaburan (ekuiti, bon atau instrumen kewangan lain).
Penebusan unit berkaitan pelaburan
Anda mempunyai pilihan untuk menjual unit berkaitan pelaburan anda secara:
Pengeluaran separa
Permohonan boleh dibuat dengan mengisi Borang Pengeluaran Separa menyatakan opsyen berikut:
-
Bilangan unit yang ingin anda jual; atau
-
Nilai tunai yang anda perlukan.
Penyerahan
Anda perlu mengisi Borang Penyerahan jika anda berhajat menjual semua unit berkaitan pelaburan anda. Nilai unit berkaitan pelaburan adalah berdasarkan harga seperti yang dinyatakan dalam sijil.
Pertimbangan penting untuk memilih pelan yang betul
Perlindungan takafulCaruman anda biasanya memberi perlindungan takaful daripada kematian dan hilang upaya. Dengan caruman tambahan, anda boleh meluaskan perlindungan asas bagi merangkumi kemalangan diri dan penyakit kritikal.
Pilihan dana pelaburanAnda diberi pilihan melabur dalam pelbagai dana pelaburan. Harga unit berkaitan pelaburan berubah mengikut nilai semasa dana pelaburan. Apabila harga unit berkaitan pelaburan jatuh, nilai pelaburan anda juga turut susut, begitu juga sebaliknya. Anda mungkin mendapat keuntungan atau mengalami kerugian apabila menjual unit anda. Adalah penting bagi anda memilih dana pelaburan yang menggambarkan paras risiko yang mampu anda ambil, kerana anda akan menanggung sepenuhnya risiko pelaburan itu. Prestasi dana pelaburan bagi tahun-tahun sebelumnya mungkin tidak boleh dijadikan panduan yang boleh dipercayai bagi menjangka prestasi akan datang.
Fi dan cajPengendali takaful mungkin akan mengenakan fi dan caj bagi perkhidmatan yang diberikan seperti fi pengurusan dana, caj perkhidmatan dan penyerahan. Fi pengurusan dana dikenakan secara tahunan dan dikira sebagai peratusan daripada nilai dana pelaburan. Caj perkhidmatan adalah bagi menampung kos pentadbiran takaful berkaitan pelaburan anda. Caj penyerahan akan hanya dikenakan jika pelan diserahkan sebelum tempoh matang tamat.
Alihan danaSekiranya anda berasa anda telah tersalah membuat pilihan atau anda ingin menukar profil portfolio pelaburan anda, anda dibenarkan untuk menukarkan unit anda daripada satu dana pelaburan kepada dana yang lain. Kebanyakan pengendali takaful membenarkan satu alihan setahun tanpa mengenakan sebarang fi. Bagi alihan tambahan, fi yang rendah mungkin dikenakan.
Nilai tunai terkumpulCaruman berkala takaful berkaitan pelaburan mungkin tidak mengumpul nilai tunai yang mencukupi pada peringkat awal sijil. Ini bermakna sekiranya sijil ditamatkan pada peringkat awal, anda mungkin tidak akan mendapat balik sebarang nilai pelaburan. Harga bida dan harga tawaran
Anda akan diberikan dua harga: harga tawaran untuk unit jualan dan harga bida untuk pembelian balik, sama seperti unit amanah. Perbezaan di antara harga tawaran dan harga bida dipanggil ‘spread’ bida/tawaran dan ia biasanya dinyatakan sebagai peratusan daripada harga tawaran, biasanya sekitar 5%.

Tempoh bertenang
Terdapat 15 hari tempoh membuat keputusan bagi membolehkan anda memikirkan sama ada mahu meneruskan dengan pelan takaful berkaitan pelaburan berkaitan selepas anda menandatanganinya. Sekiranya anda bercadang membatalkan pelan anda dalam tempoh tersebut, pengendali takaful akan memulangkan unit pelaburan dan caruman tabarru’ selepas ditolak fi perubatan dan kos pengunderaitan dalam penaksiran risiko. Nilai unit berkaitan pelaburan yang dipulangkan adalah berdasarkan harga seperti yang dinyatakan dalam sijil.

Penyata tahunan
Anda seharusnya menerima sekurang-kurangnya satu penyata tahunan mengenai status takaful berkaitan pelaburan anda, yang menunjukkan semua urus niaga atau caj dalam tempoh tersebut.

Perkara yang perlu anda ingat
Sebelum anda melaburkan wang dalam takaful berkaitan pelaburan, fikirkan tentang risiko yang sanggup anda ambil dan pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan bersedia membiarkan wang anda terikat untuk tempoh tertentu.
Anda boleh mendapatkan nasihat profesional daripada pengendali takaful atau ejen anda mengenai risiko dan manfaat sesuatu pelan takaful berkaitan pelaburan.
Baca dengan teliti semua maklumat yang disediakan.
Bagaimana saya membuat tuntutan?
Pengendali takaful akan membayar anda atau penama anda, tertakluk kepada terma dan syarat takaful berkaitan pelaburan anda. Apabila membuat tuntutan:
Maklumkan pengendali takaful anda dengan segera
Bagi tuntutan pelan takaful yang telah matang, anda dikehendaki melampirkan sijil asal takaful berkaitan pelaburan. Anda akan menerima nilai unit berkaitan pelaburan seperti yang dinyatakan dalam sijil.
Bagi tuntutan hilang upaya, anda dikehendaki melampirkan sijil asal takaful berkaitan pelaburan dan laporan doktor.
Bagi tuntutan kematian, penama anda dikehendaki melampirkan dokumen berikut:
-
Sijil kematian yang disahkan;
-
Salinan kad pengenalan si mati;
-
Sijil asal takaful berkaitan pelaburan;
-
Bukti hubungan antara orang yang membuat tuntutan dengan si mati;
-
Dokumen-dokumen lain seperti yang diminta oleh pengendali takaful.
Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang tersedia
Sekiranya anda mempunyai aduan mengenai produk atau perkhidmatan pengendali takaful anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan itu dengan Unit Aduan pengendali takaful berkenaan.
Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dicapai, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) atau Bank Negara Malaysia (BNM), yang akan mengendalikan aduan anda secara percuma. Anda mungkin ingin merujuk kepada pegawai di Unit Aduan pengendali takaful mengenai saluran yang betul bagi mengendalikan aduan anda.(Nota: Sebelum BPK ditubuhkan, pengantaraan takaful dijalankan oleh Biro Pengantaraan Insurans).
Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan anda kepada BPK, ianya hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad pengendali takaful. BPK mengendalikan pertikaian di antara pihak menuntut dan pengendali takafulnya sendiri atau pengendali takaful pihak ketiga.
BPK adalah sebuah badan bebas yang menyediakan saluran pengendalian aduan yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna membuat aduan atau menyelesaikan pertikaian mereka sebagai alternatif kepada mahkamah.
Walau bagaimanapun, BPK tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk takaful dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk kepada mahkamah.
Selain itu, aduan yang dirujuk kepada BPK adalah terhad kepada:-
-
RM 200,000 bagi pelan takaful motor dan kebakaran
-
RM 100,000 bagi pelan takaful yang lain
-
RM 5,000 bagi kerosakan harta pihak ketiga

SILA RUJUK LAMAN WEB INFO INSURAN DI ALAMAT DI BAWAH BAGI KETERANGAN LANJUT :

www.insuranceinfo.com.my

PRODUK TAKAFUL KELUARGA

TAKAFUL IKHLAS...soar freely at your highest!


Description
We all go through different stages in our lives. And as we move into each stage, we need some flexibility to manage this change. Without flexibility, planning for a change can be quite a challenge. You can now face this challenge with TI!
TI gives you the flexibility you so richly deserve. Give yourself the flexibility to change the amount of money you’ve allotted for investment and protection – change the equation as your needs change!
TI gives you the flexibility to manage your protection and investment needs according to syariah laws in one account. You decide how your money works for you.



Who is Eligible?

You can be insured with TAKAFUL IKHLAS if you are between 30 days and 69 years of age; however, the CERTIFICATE HOLDER (policyholder) must be at least 18 years old.
What about the Premium Rates? TAKAFUL IKHLAS can be yours for as little as RM50 a month or RM600 a year. You have the flexibility to pay the premiums monthly, quarterly, half-yearly or annually.


HOW TO JOIN?


PLEASE CONTACT OUR CONSULTANT, MR. ZALI AT 012-471 4775 OR COME TO SEE US AT KANGAR AGENT OFFICE AT ATSAR BOOK CENTRE (BESIDE MASJID PUTRA KANGAR). PLEASE CALL FOR AN APPOINTMENT!




KEMBALI KE LAMAN UTAMA BAHTERA GROUP