Sunday, November 1, 2009

MESEJ AWALAN

Saudara-saudaraku seMuslim,

Hiduplah dalam keadaan yang sentiasa diberkati ALLAH. Carilah harta dan teruskan usaha kerana ia adalah suatu yang harus di dalam ISLAM. Namun, berhati-hatilah agar kita tidak menjerumuskan diri ke dalam murka ALLAH.

Tiada kebaikan dan keuntungan pada harta yang dimurkai ALLAH. Bukan sahaja di dunia barakah tiada, malah sesalan tiada berkesudahan bakal menanti di negeri akhirat nanti! Sungguh rugi...!

Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Seorang anak Adam sebelum menggerakkan kakinya pada hari kiamat akan ditanya tentang lima perkara:

  1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya;

  2. Tentang masa mudanya, apa yang telah dilakukannya;

  3. Tentang hartanya, dari sumber mana dia peroleh dan

  4. dalam hal apa dia membelanjakannya;

  5. dan tentang ilmunya, mana yang dia amalkan."

(HR. Ahmad)

Jalanilah kehidupan yang sementara ini dengan cara yang diredhai ALLAH. Akhir kata, mudah-mudahan usaha yang sedikit ini bakal memberi manfaat buat tuan/puan. Dan semoga usaha ini ada ganjaran di sisiNYA, amin...



MENGAPA TIDAK BERSAMA TAKAFUL IKHLAS?

MISI DAN VISI KAMI

Visi

Takaful IKHLAS berazam untuk menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan pilihan berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam.

Misi

Kami beriltizam untuk menyediakan produk-produk bernilai tambah dan perkhidmatan berkualiti melalui warga kerja yang cekap, rangkaian pengedaran berkesan dan teknologi yang membantu kecekapan malah cekap dan berinovasi dalam pengurusan perniagaan, persekitaran yang kreatif, dinamik dan agresif. Perlaksanan perniagaan akan berteraskan kefahaman yang jelas mengenai keperluan pasaran dan pertumbuhan yang terancang.

Nilai Teras

Nilai-nilai kami meliputi keseluruhan organisasi ini. Prinsip-prinsip inilah yang akan menjadi panduan kami untuk berjaya dalam perniagaan, serta membantu kami menghadapi masa depan, daripada operasi perniagaan harian hinggalah kepada pembangunan produk dan perkhidmatan pelanggan.

Nilai-Nilai Islam
Kami bertekad untuk membangunkan sebuah syarikat yang bermoral dan beretika di mana warga kerjanya berpegang teguh kepada nilai-nilai agama dan mengamalkan nilai etika yang terbaik.

Syarikat Kami
Kami bertekad untuk membentuk warga kerja yang mampu memberi perkhidmatan terbaik dan menepati janji kepada para peserta dan rakan perniagaan kami, selain menjadikan segala urusan sebagai tanggungjawab peribadi. Kami akan berusaha untuk memajukan warga kerja dan ejen kami dalam kerjaya pilihan mereka serta menyemai rasa jati diri dan menganggap Syarikat adalah milik bersama.

Kestabilan Kewangan
Kami bertekad mendapatkan keyakinan para peserta kami menerusi reputasi perkhidmatan terbaik dengan menawarkan perkhidmatan tuntutan pampasan yang tepat dan cekap serta memastikan kestabilan kedudukan kewangan Syarikat. Kami percaya ini akan menjadi asas untuk menjamin keyakinan para peserta kami.

Mengutamakan Pelanggan

Kami percaya dengan mengamalkan sikap proaktif dan sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan dan keinginan para peserta yang sentiasa berubah, menerusi penghasilan produk dan perkhidmatan bernilai-tambah, kami berupaya memenuhi aspirasi para pemegang saham kami.

Budaya Kualiti
Kami bertekad untuk melakukan setiap perkara dengan betul pada kali pertama dan pada setiap kali ianya dilakukan. Kualiti dan peningkatan berterusan akan menjadi pendorong utama dalam semua proses pengurusan kami.

Polisi Kualiti
Untuk membentuk sebuah institusi kewangan Islam yang dinamik dan progresif, dengan :

1.
Melibatkan semua warga kerja dalam meningkatkan semua aktiviti secara berterusan untuk memenuhi atau melangkaui jangkaan pelanggan.
2.
Menerapkan proses peningkatan berterusan yang membawa Takaful IKHLAS untuk terus komited kepada budaya kualiti melalui :
  • Kepimpinan berwibawa
  • Profesionalisme
  • Kerjasama warga kerja
  • Penerapan nilai-nilai Islam
Sifat-Sifat Budaya Syarikat
Visi dan misi Syarikat telah diperhalusi dengan terperinci. Semuanya adalah sia-sia tanpa sokongan perilaku yang bersesuaian iaitu dengan mengamalkan budaya yang positif. Kami percaya, dengan mengamalkan sifat-sifat berikut serta nilai dan sikap yang positif, kami akan sama-sama mencapai matlamat Syarikat:

1.

Nilai IKHLAS

2.
Pemikiran Berkualiti
3.
Berlandaskan Keputusan
4.
Kepimpinan
5.
Profesionalisme
6.
Mengutamakan Pelanggan
7.
Komunikasi
8.
Kerja Berpasukan

MODEL TAKAFUL IKHLAS

Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih kontrak Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).

Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:

  • Kontrak Tabarru’ di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada Dana Risiko untuk membantu peserta lain.

  • Kontrak Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal ehwal dana bagi pihak beliau.

  • Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan perantara sebagai satu kaedah untuk memenuhi keperluan pelanggan, pembayaran lebihan dan keuntungan dengan lebih baik, di mana sesuai, kepada para peserta dan pengiraan keuntungan yang dikongsi secara bulanan.

Nota:
Bagi GRIA, sebahagian daripada sumbangan dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan untuk Tabarru’ semasa permulaan sijil yang akan diagihkan kepada Dana Risiko (RF). Sebarang pendapatan pelaburan yang diperolehi daripada jumlah di dalam akaun pelaburan akan diperuntukkan kepada Dana Risiko (RF). Dari sudut ini, IKHLAS tidak akan mengenakan Yuran Pengurusan Dana (%). Pengagihan lebihan bersih akan diperuntukkan dan diuruskan secara tahunan.

MEMAHAMI TAKAFUL

Berikut adalah soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh orang-ramai berkaitan Takaful :


1. Apakah maksud TAKAFUL?

Takaful mengikut definisinya ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin-menjamin dan tolong - menolong dalam bentuk material antara satu sama lain atau di antara kumpulan, dalam saat-saat ditimpa malapetaka. Perjanjian ini juga menetapkan setiap pihak telah memberi persetujuan terlebih dahulu mengenai bentuk sumbangan yang kelaknya akan dimanfaatkan untuk kepentingan bersama. Skim Takaful berasaskan sistem perundangan Islam (Syariah) yang menggabungkan konsep saling bekerjasama, lindung-melindungi dan saling bertanggungjawab dan dilaksanakan secara bersepadu. Ini menampilkan keindahan Islam itu sendiri di mana sistem takaful ini dianggap lebih praktikal berbanding dengan insurans konvensional yang tidak dibenarkan di dalam Islam. Idea untuk mewujudkan sistem takaful ini lahir daripada masyarakat Islam yang ingin menghayati kehidupan berdasarkan perundangan Islam.

Kesedaran ini juga bersemarak melaluli gerakan yang dipelopori oleh 'Mujaddid' Islam (reformist) di abad ke sembilan belas dan abad ke dua puluh yang menekankan bahawa Islam itu bukan sahaja mencakupi peraturan dan prinsip-prinsip yang melibatkan ibadah dan 'munakahat' (perkahwinan ), tetapi merupakan satu cara hidup yang lengkap (nizamul hayah) termasuklah yang melibatkan transaksi perniagaaan.

Konsep insurans konvensional masih belum mendapat persetujuan menyeluruh daripada para ulama samada ianya adalah halal ataupun haram. Memandangkan insurans konvensional yang diamalkan sekarang tidak wujud semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W. 'ijtihad' digunakan untuk menentukan samada insurans adalah halal atau sebaliknya. Di kalangan ulama yang mengatakan insurans itu haram, terdapat percanggahan pendapat di antara mereka mengenai sebab-sebab mengapa insurans itu haram.

2. Apakah perbahasan para ulama yang mengatakan bahawa insurans itu halal?

Para ulamak yang berpendapat bahawa insurans adalah dibenarkan (halal) berkata insurans adalah kontrak moden dan tiada nas mengenainya. Sekiranya tiada nas, ianya adalah sesuatu yang diharuskan (mubah). Perbahasan mereka adalah berdasarkan kepada kaedah Fiqah bahawa Kedudukan perundangan yang asal mengenai sesuatu perkara adalah dibenarkan sehingga terdapat bukti yang menegahnya. Kaedah Fiqah ini adalah berasaskan Al-Quran dan ayat yang berkaitan adalah seperti berikut:-

"Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya; (Surah al-Jathiyah : 13)

Para ulamak ini juga mendakwa bahawa insurans adalah kontrak yang membawa kepada
maslahah' (kepentingan awam) kepada peserta (insured). Tanpa insurans misalnya, keluarga terdekat seseorang akan menanggung beban penderitaan yang teramat sangat selepas kematiannya, Para ulama turut menambah bahawa adat dan kebiasaan (uruf) menjadi asas kepada amalan insurans.

3. Mengapa insurans konvensional diharamkan?

Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-

[a] Gharar
''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.

Ayat Quran yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)

Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-

i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.

4. Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?

takaful-insurans.jpg

6. Apakah keindahan Takaful?

Keindahan sistem ini ialah peserta boleh mendapat manfaat dua bentuk- pertama, keuntungan dari segi kewangan melalui skim perlindungan dan mudharabah dan kedua, "manfaat" dari segi rohaniah di mana para pemegang sijil dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah tabarru' yang akan diberikan kepada mereka yang menderita kehilangan sesuatu dan ditimpa malapetaka. Istimewanya sistem Takaful ini juga kerana ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim sahaja malah sesuai dimanfaatkan juga kepada semua golongan masyarakat dan terbuka penyertaannya kepada semua pemegang sijil, tanpa mengira pegangan agama dan kepercayaan mereka.

7. Apakah itu Al-Wakalah?

Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau . Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini , dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni (TAP).

(Dipetik dari laman web rasmi Takaful IKHLAS Sdn Bhd)


Profile of Global Takaful Industry And Trends

Introduction
The Takaful industry is roughly 30 years young as the first Takaful company was established in 1979 - the Islamic Insurance Company of sudan. Today there are some 28 registered Takaful companies worldwide writing General Takaful (commercial property/liability) and Family Takaful (Life) on a direct basis. In addition, there are 10 more Takaful programs either as Islamic "Windows" or marketing agencies that place insurance risk with conventional insurers or with takaful operators. In fact, the total number of takaful companies could be higher because all insurance companies in Sudan are deemed to operate in accordance with Islamic Sharia guidelines.



More takaful companies are under formation in Sri Lanka and in Singapore. At least four more takaful companies will likely be established in the Middle East (viz. Bahrain, Kuwait, U.A.E. and Egypt). Several others are being contemplated in various countries such as Saudi Arabia, Pakistan, Australia and Lebanon. It is also understood that interest is shown in Takaful in the Philippines, South Africa, Nigeria, and some of the former states of the Soviet Union.



Overall, the Takaful industry in the Middle East region is newly emerging when compared to other relatively developed markets such as Malaysia. The more successful companies in the Middle East (Bahrain/UAE) have grown at 10% annually whereas in Malaysia the rate of growth has been 60% annually.