MALANG TIDAK BERBAU TETAPI KITA HARUSLAH BERSEDIA DAN MENGAMBIL JALAN SELAMAT. MENGAPA TIDAK MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT KAMI DI TAKAFUL IKHLAS?
Pengenalan IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER adalah pelan rider takaful yang hanya boleh disertakan kepada pelan asas. Pelan ini memberi perlindungan ke atas kematian, hilang upaya kekal menyeluruh (TPD) ataupun hilang upaya separa kekal dan hilang upaya kekal (PPD) akibat kemalangan sepanjang tempoh sijil. Apakah yang dilindungi oleh IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider? IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER direka untuk mereka yang berumur antara 30 hari hingga 60 tahun. IKHLAS ACCIDENTAL DEATH AND DISABILITY TAKAFUL RIDER memberi perlindungan ke atas:- MANFAAT KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN Sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan peserta dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada waris atau keluarga terdekat Peserta. MANFAAT HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH (TPD) AKIBAT KEMALANGAN Sekiranya berlaku kehilangan upaya menyeluruh dan kekal (TPD) peserta akibat kemalangan dalam tempoh sijil, Jumlah Perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada Peserta. MANFAAT HILANG UPAYA SEPARA DAN KEKAL AKIBAT KEMALANGAN Sekiranya berlaku hilang upaya separa dan kekal akibat kemalangan Peserta dalam tempoh pegangan sijil, Jumlah Perlindungan beserta lebihan daripada Akaun Pelaburan Risiko Peribadi peserta akan dibayar kepada peserta. Bayaran Jumlah Perlindungan adalah berdasarkan Jadual Indemniti, seperti yang disertakan dalam sijil. Nota: Semua manfaat di atas adalah terkecuali untuk sebarang keadaan sebelum sijil berkuatkuasa. | MANFAAT TEMPOH MATANG Apabila sijil mencapai tempoh matang, Peserta akan menerima sekaligus dari pendapatan pelaburan bersih dan jumlah terkumpul dari Akaun Pelaburan Risiko Peribadi serta lebihan dari Dana Risiko melalui Akaun Terkumpul Ta’awuni. JUMLAH SUMBANGAN Jumlah sumbangan adalah fleksibel, bergantung kepada umur peserta dan tempoh sijil. Mengapa IKHLAS Accidental Death and Disability Takaful Rider? JUMLAH PERLINDUNGAN Anda boleh memilih jumlah perlindungan sehingga lima (5) kali daripada Jumlah Perlindungan Asas. PULANGAN PELABURAN YANG LEBIH BAIK Model Takaful IKHLAS membolehkan Syarikat mengoptimumkan pulangan pelaburan kepada peserta. (Sila hubungi kami untuk keterangan selanjutnya). Nota pengecualian: Risalah ini bukan merupakan sebuah kontrak. Sila rujuk kontrak untuk butiran penuh. |